Sunday, December 22, 2024
Sunday, December 22, 2024
Home#Restoran/ Makan-makanMee Kari Ketam Kampar

Mee Kari Ketam Kampar

Selamat tengah hari warga Perak! Apa kata anda ke Kampar pada hujung minggu ini. Kami ingin mengesyorkan satu restoran yang menawarkan menu makanan berasaskan makanan laut yang segar dan enak. Rasanya memang terbaik dan sedap! Anda boleh menikmati Mee Kari Ketam dan Mee Kari Udang Galah dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM9.90 sahaja. Mak aih, murahnya!

 

Terdapat beberapa menu lain yang menjanjikan anda tidak pernah puas untuk makan sekali sahaja di sini. Sekali cuba, pasti nak lagi. Antara menu popular di sini adalah Meggi Kari Ketam dan Udang Galah, ABC Mangga Susu, Nasi Goreng Ketam dan Udang Galah.

Lokasi restoran ini adalah di 15 & 15B, Jalan Perdana, Taman Kampar Perdana, Kampar, Perak (berhadapan TESCO Kampar). Waktu operasinya adalah setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 3.00 petang – 11.00 malam.

Restoran Mee Kari Ketam juga mengambil tempahan untuk sebarang majlis. Anda boleh menghubungi En. Khairul Azhar (012-941 8562). Moh kome serbu hari ini juga!

dyanakhairudin
dyanakhairudin
Nordiyana binti Khairudin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah, Perak (Cluster Kinta)
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular