Nat atau merujuk kamus dewan bermaksud “Pasar Harian” atau “Pekan Sehari”. Bagi negeri di wilayah Utara perkataan Nat adalah sinonim digunakan di pasar tani. Nat Khamis lokasinya terletak di Gunung Keriang, diadakan sekali seminggu pada setiap hari Khamis dimana pasar tersebut menjual pelbagai jenis keperluan makanan, pakaian dan keperluan lain kepada penduduk kampung yang datang membeli. Pasar ini menjadi meriah setiap kali pada musim cuti sekolah atau ketika musim perayaan. Antara yang menarik disini adalah makanan seperti Laksam dan Apam Balik yang sangat sedap dan ramai pembeli membelinya.