Pak Din Patah…

0
5448

Siapakah “Pak Din Urut Patah”?. Untuk pengetahuan semua, Pak Din sangat dikenali untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah berkaitan dengan tulang.

Pak Din telah memberikan perkhidmatan urut kepada pengunjungnya dari dalam dan luar negeri sejak lebih 20 tahun dahulu. Difahamkan, pengujung paling jauh yang pernah hadir adalah dari Jordan, Yemen, UK dan sebagainya.

Salah satu keunikan urutan oleh Pak Din adalah urutan tanpa menggunakan sebarang minyak. Pak Din hanya menawarkan perkhidmatan urut pada hari setiap hari Khamis & Ahad iaitu dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Pada hari-hari lain, kebiasaannya Pak Din akan ke hospital kerana dijemput & dibayar oleh hospital berdekatan yang memerlukan perkhidmatan Pak Din. Antara hospital yang biasa memanggil Pak Din untuk memberikan perkhidmatan urut adalah Hospital Slim River, Hospital Ipoh, Hospital Taiping, Hospital Teluk Intan, Hospital Selayang dan lain-lain lagi.

Jika sesiapa yang ingin mencuba rawatan Pak Din ini, anda boleh hubungi beliau di talian 013-4530 787 atau terus ke rumah beliau beralamat No.3037, Jalan Cempaka Felda Gunung Besout 3, 35600 Sungkai, Perak.