Pantai Merdeka adalah salah satu tempat pelancongan yang ada di Kedah. Ia terletak di daerah Kuala Muda. Pantai Merdeka merupakan lokasi percutian pelancong dan tempat menarik yang menjadi tumpuan penduduk disekitar daerah Kuala Muda. Ramai yang datang kesini bersama keluarga atau rakan-rakan untuk mandi laut atau bersantai melihat pemandangan indah dikawasan ini. Pengunjung pasti terpesona melihat Gunung Jerai yang tersergam indah dan juga pekan Tanjung Dawai yang terletak bertentangan dengan Pantai Merdeka.
Pantai ini sentiasa dipenuhi orang-ramai dihujung minggu dan musim cuti persekolahan. Sekiranya anda ingin bersendiri menikmati percutian yang aman dan tenteram, elakkan waktu tersebut.
Kemudahan yang terdapat di Pantai Merdeka ialah seperti :
Resort dan chalet penginapan – Ada resort di Pantai Merdeka. Chalet dan homestay pula banyak terdapat disekitar jalan masuk ke Pantai Merdeka.
Tandas awam.
Medan selera – Terdapat 16 buah gerai menjual berbagai jenis makanan dan minuman.
Gerai-gerai jualan.
Surau – Surau baru didalam kawasan resort dan surau lama dibelakang dewan berhampiran kaki bukit.
Dewan.
Kemudahan bot pelancong – Pengunjung boleh menyewa bot untuk bersiar-siar melihat pemandangan menarik disekitar Pantai Merdeka. Bot penumpang ke Tanjung Dawai juga terdapat disini.
Aktiviti menarik boleh dilakukan di Pantai merdeka seperti:
Mandi laut.
Bermain layang-layang.
Memancing.
Berkayak.
Perkhemahan.
Menaiki bot melihat pemandangan menarik.
Melihat matahari terbenam.
Padang permainan.