Sunday, December 22, 2024
Sunday, December 22, 2024
Home#Rekreasi/ Lokasi MenarikPenyu di Pantai Pasir Panjang SEGARI

Penyu di Pantai Pasir Panjang SEGARI

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pengurusan Penyu (Segari Turtle Sanctuary) terletak di pantai Pasir Panjang kira-kira 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Pantai Pasir Panjang merupakan pantai paling panjang di Daerah Manjung. Oleh kerana kehalusan pasir pantai, pohon yang merimbun dan kawasan yang bebas daripada gangguan menjadikannya lokasi yang ideal untuk penyu bertelur. Dianggarkan 90 % penyu yang merentasi ombak kuat untuk datang ke sini adalah spesis Penyu Agar dan Penyu Lipas. Penyu-penyu ini mendarat pada sekitar bulan Mac hingga Julai setiap tahun. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu ini dirasmikan pada 16 April 2011.

Antara aktivti menarik yang boleh dilakukan disini adalah pengunjung melihat pameran mengenai penyu dan kitaran hayatnya. Disamping itu, pengunjung dapat melawat tapak penetasan penyu, melawat kolam penyu dan juga tuntung. Yang paling menarik sekali ialah pengunjung barangkali akan berpeluang untuk melihat acara perlepasan anak-anak penyu ke laut.

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Pusat-Konservasi-Penerangan-Penyu-Segari-Perak-/319282521499668

Masa operasi: Setiap hari 10.00 pagi – 5.00 petang

No. telefon: 016-497 9542
 

 

Previous article
Next article
FaizHazirah Jaafar
FaizHazirah Jaafar
Penolong Pengurus | PI1M Sitiawan, Perak Kluster Manjung
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular