Restoran Mee Sham sangat terkenal dengan Roti Doll. Kewujudan Roti Doll telah membuatkan restoran ini menjadi viral dan memasuki beberapa rancangan televisyen serta dikunjungi oleh orang kenamaan. Selain menu pilihan yang lain seperti aneka roti canai, nasi lemak, makanan bergoreng, mee rebus, western dan juga nasi kandar. Setiap hari, boleh dikatakan sesak dengan ramai orang yang berpusu-pusu datang untuk sarapan pagi.
Restoran ini juga dibuka pukul 7.00 pagi sehingga 10.00 malam dengan pekerja yang ramai membolehkan anda mendapat hidangan dengan masa yang singkat. Harga juga adalah sangat berpatutan.
Lokasi : Restoran Mee Sham, Jalan Gunung Keriang (Berhampiran Petronas Baru)
Masa: 7.00 pagi-10.00 malam (Jumaat -Tutup)
Kemudahan : Wifi dan parking