Restoran ini terletak di Balik Pulau dan bersebelahan Pejabat Peladang Balik Pulau dan berhadapan dengan Stesen Petronas. Tarikan di sini adalah lauk-pauknya yang pelbagai. Terdapat pelbagai jenis masakan kampung di sini seperti Kari Kepala Ikan, Masak Lemak, Ikan Bakar, Ayam Panggang, Ulam-ulaman dan pelbagai lagi. Dianggarkan hampir 70 ke 100 jenis lauk yang dihidangkan kepada para pelanggan. Buat mereka yang teringin nak menjamu masakan kampung, Restoran Peladang dibuka seawal pukul 9 pagi dan sememangnya meriah di waktu tengahari. Layanz….
Lokasi:
Jalan Balik Pulau, 11000 Balik Pulau, Penang, Malaysia