Friday, January 12, 2024
HomePerakSlim River, Tanjung Malim, TapahRisda Eco Park, Ladang Risda Ulu Slim

Risda Eco Park, Ladang Risda Ulu Slim

Risda Eco Park ialah sebuah penginapan eco-friendly yang terletak di Kampung Ulu Slim, kira-kira 30km dari bandar Tanjung Malim. Dibangunkan oleh pihak Risda Estates Sdn Bhd untuk memberi peluang kepada pencinta alam sekitar merasai pengalaman hidup bertemankan keindahan alam sekitar di sini. Dikelilingi hutan simpan berlatar belakang Banjaran Titiwangsa, Risda Eco Park menawarkan penginapan di dalam kabin yang sederhana tetapi sangat selesa.

RISDA Eco Park mempunyai 20 unit kabin yang boleh menempatkan 120 orang, dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil (6 katil / kabin), penyaman udara, kipas dan tandas (dalam kabin). 

Pelbagai kemudahan yang ada di sini termasuklah dewan serbaguna yang boleh di jadikan tempat berkursus dan seminar. Ruang aktiviti pun luas sesuai untuk berkhemah dan aktiviti berkeluarga.

Pelbagai aktiviti riadah hinggakan yang extreme pun terdapat disini seperti ATV, Berkayak , Flying Fox dan bermacam-macam lagi.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat video diatas.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular