Roti Bakar Pak Hassan Terbaik!
Restoran Hassan atau lebih mesra dikenali sebagai Kedai Pak Hassan sudah lama terkenal dari generasi kecil hingga dewasa. Restoran yang berusia 35 tahun telah lama dikendalikan oleh keluarga sejak turun temurun.  Jika diperhatikan struktur bangunan kedai masih menggunakan papan iaitu struktur asal dulu. Di belakang kedai ini pula berhadapan dengan laut dengan angin tiup manja dan memboleh para pelanggannya menikmati santapan makan pagi, makan tengahari & minum petang. Sangat nyaman!.
Jika sebut saja “Roti Bakar Pak Hassan” sudah tentu ramai penduduk tempatan mengenalinya. Selain penduduk tempatan, pelancong luar juga mengemari Roti Bakar Pak Hassan. Ini kerana ia mempunyai inti sekaya, planta & peanut.
Jadi kepada anda yang ingin merasai Roti Bakar Pak Hassan ini boleh datang ke restoran ini yang berdekatan dengan pekan lama Pangkor di Kampung Teluk Raja Bayang.
Waktu Operasi 8.30 pagi hingga 7.00 malam
Dibuka setiap hari