Jam Besar Sungai Petani
Kalau menjejakkan kaki ke Sungai Petani, pasti anda akan menyedari terdapat jam besar yang berada ditengah jalan Ibrahim iaitu jalan utama di Sg Petani. Kalau anda ingin ketahui, jam besar ini merupakan ikon untuk daerah Sg Petani.
SEJARAH JAM BESAR
Jam Besar Sungai Petani dibina pada tahun 1910 dan siap pada tahun 1936 menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Tujuan pembinaannya adalah untuk memperingati King George V yang memerintah England dan pemerintah empayar British pada masa itu. Â Usia jam ini sudah menghampiri 80tahun, tapi masih teguh berdiri. Maklumat tentang pembinaan jam ini diperolehi dari tulisan sekitar jam besar itu sendiri.
      Â
Keistimewaan jam ini adalah ia akan berbunyi setiap tiba waktu nya. Nak tahu bunyi macam mana, kenalah datang ke sini. Pada waktu malam pula, jam ini akan disinari lampu-lampu yang cantik sekali.
 contoh gambar Jam Besar Sungai Petani pada waktu malam