Seni Ukiran Kayu N Kraf ini telah diusahakan oleh Encik Zainon berlokasi di Kampung Batu 14 Lekir Sitiawan Perak. Terdapat puluhan hasil karya di ruang bengkel ukiran beliau, memberi satu keunikan kerana masih mengekalkan tradisi bangsa Melayu yang jarang kita temui kini.
Beliau menerima pelbagai jenis tempahan seperti Ukiran pada mimbar masjid, Lampu, Jam, Perabot dan Kraftangan yang lain. Dengan hasil ukiran yang teliti dan tersendiri, hasil tangan beliau menjadi buruan kepada mereka yang meminati seni ukiran.
Alamat : No9 Lorong Cempaka 3, Kg Batu 14 Lekir Sitiawan Perak
No Tel: 013 502 0128 (En Zainon)