Tipah Kitchen kafe yang baru dibuka Februari 2018 yang lepas, bertempat di pekan Malim Nawar Kampar menyediakan sajian makanan sarapan pagi dan juga tengah hari.
Antara menu sarapan pagi adalah roti canai , roti puri , roti bakar , nasi lemak , nasi goreng dan mee goreng
Bagi menu tengah hari pula, disediakan makanan sajian pilihan lauk pauk. Namun jika ingin bertukar selera kafe juga menyediakan menu seperti mee rebus dan mee / bihun / kuetiau kari.
Hari operasi   : Dibuka Isnin – Sabtu termasuk Cuti Umum.
Waktu operasi : 7.00 pagi – 4.00 petang
Lokasi : LC 162, Jalan Malim Nawar, 31700 Malim Nawar, Perak. Berhadapan dengan           Pejabat Balai Polis Malim Nawar