Warong Laksa Sotong Abang Sombong dimiliki oleh Encik Jasmi Othman dan isteri beliau Puan Norazihan Mahamad. Keenakan laksa sotong beliau telah menjadi tarikan kepada penggemar makanan tradisi itu tanpa mengira bangsa.
Kelainan laksa yang ditawarkan di warong ini berbanding di tempat lain ialah campuran kuah sotong bersama rencah rahsia yang menjadikan rasa laksa itu lebih enak dimakan, tidak pedas dan sedikit manis. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Selain menjual laksa, warong ini juga menjual air kelapa muda dan air minuman lain. Encik Jasmi juga menerima tempahan menyediakan laksa sotong untuk majlis kenduri kahwin dan sebarang jenis majlis.Waktu perniagaan adalah 12.00 tengahhari- 7.00 petang dan dibuka setiap hari kecuali tutup pada hari selasa.
Alamat Warong Laksa Sotong Abang Sombong ialah di Lot 2540 Jalan Taman Cekur Manis 1, Kulim Kedah.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi beliau di nombor 013-4399959.
Orang ramai juga bolah melayari facebook ‘Norazehan Gee’ untuk mengetahui perkembangan terkini Warong Laksa Sotong Abang Sombong