Bengkel Kraftangan Pak Lah Kampung Sungai Tengas Hilir
Pak Lah sudah mula membuat parang selama lebih 25 tahun, di mana anak lelakinya bekerja bersama Pak Lah bagi mewarisi tradisi pembuat parang tradisional. Pelbagai jenis parang yang mampu dibuat antaranya seperti golok perak, golok kedah, slundak udang, belati, wali, tumbuk lada, pisau badik malah rokok paip juga dibuat olehnya.Namun katanya, golok perak yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan kerana ia sesuai digunakan untuk melapah daging.
Harga tidaklah terlalu tinggi walaupun lengkap dengan sarungnya tetapi ianya mampu mencecah ratusan ke ribuan ringgit mengikut jenis rekaan yang diminta oleh pelanggan.
Untuk sebarang pertanyaan / tempahan sila berhubung dengan:-
ABDULLAH BIN MAT LAZAIN (Pak Lah)
Alamat : Kampung Sungai Tengas Hilir,
Selama, 09800 Serdang,
Kedah Darul Aman
Tel : 019-4566704