Saturday, April 6, 2024
Home#Penginapan/ Hotel/ HomestayAKMI Agrofarm Qarisa Enterprise & Homestay Sg Dara Tanjong Malim

AKMI Agrofarm Qarisa Enterprise & Homestay Sg Dara Tanjong Malim

AKMI Agrofarm merupakan sebuah syarikat bumiputera yang membekalkan ayam kampong, rusa dan lain-lain, mereka juga menyediakan perkhidmatan homestay (Akmi Homestay) dalam Kampong Sungai Dara kepada orang ramai. Pemilik AKMI Agrofarm merupakan hasil kerjasama dua orang adik beradik iaitu Mohd Fiqzuan Bin Abdul Karim(Adik) dan Mohd Syafiq Bin Abdul Karim (Abang). Mereka merupakan usahawan muda yang telah memulakan perniagaan agrofarm semenjak April 2013 .Pada awal permulaan perniagaan , iaitu pada awal April 2013, Akmi agrofarm sekadar menternak rusa, anak ayam kampong, dan puyuh. Tetapi pada awal tahun 2016 , mereka telah mula menjual dan memproses daging yang ditempah oleh pelanggan.

Selain fokus kepada penternakkan dan penjualan daging segar. Mereka juga telah membina sebuah homestay murah dalam kawasan Kampong Sungai Dara

Menurut En Fiqzuan, idea untuk membangunkan Akmi Agrofarm adalah kerana kewujudan sungai dan kebun buah-buahan tempatan yang boleh menarik minat ramai untuk melancong terutamanya apabila musim pokok berbuah

Selain itu , Akmi Homestay juga selesa dan murah untuk disewa. Terdapat 2 bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu, Dapur Untuk Memasak, TV, Peti ais, Kipas dan lain-lain

Bagi memudahkan penjualan, Mereka telah mencipta Page Facebook atau Halaman Facebook khas untuk memberitahu orang luar berkaitan penjualan daging segar mereka. Page yang diberi nama AKMI agrofarm. Klik Link Page Facebook di bawah ini

 

RELATED ARTICLES

Most Popular