Ayam Kampung

0
160

Produk ayam kampung merupakan sebuah perniagaan bertujuan memfokuskan penghasilan ayam kampung yang berkualiti dan dijamin sihat. Tidak ramai yang menceburi bidang menternak ayam kampong sebegini. Di Daerah Padang Terap terdapat seorang guru pencen telah mengambil inisiatif bagi menjalankan perniagaan berteraskan ayam kampong. Pemilik projek ini ialah Habshah Bt Abd. Rahman yang berumur 60 tahun kini menternek ayam kampong lebih daripada 1000 ekor. Dengan ayam kampong ini juga Puan Habshah atau lebih dikenali dengan gelaran Mak Cik Habshah turut menghasilkan ayam kampong frozen fresh. Ayam yang diternak ini akan diproses dan ianya dipaket dan disejukbeku bagi dihantar ke stokis yang berhadapan dengan Bank Rakyat Jitra,Kedah. Hal ini, memudahkan penggemar ayam kampong untuk mendapatkan bekalan ayam kampong yang segar dan terjamin kualitinya dari segi kebersihan dan hub halal. Ayam kampong frozen ini juga mudah untuk dimasak hanya perlu terus menggoreng dan ianya ternyata lebih menjimatkan masa dan tenaga.

Maklumat Usahawan
Nama : Habshah Bt Abd. Rahman
Alamat : Kampung Perik,
Mukim Kurong Hitam,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
No. tel : 019-5736065
Produk : Ayam Kampung Frozen Fresh
Medium promosi : Facebook https://www.facebook.com/NRA-Habieu-AGRO-FARM-1532105153751056

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.