24.3 C
New York
Saturday, July 8, 2023

Buy now

Balai Seni Negeri Kedah

BALAI SENI NEGERI KEDAH
BALAI SENI NEGERI KEDAH

Balai Seni Negeri Kedah yang berkedudukan di tengah-tengah Medan Budaya ,Alor Setar,Kedah. Kedudukannya yang strategik menarik ramai pengunjung mengunjung Balai Seni Negeri Kedah.

Pada asalnya, ia dibina khas untuk dijadikan Mahkamah Besar pada tahun 1912 dan  penah menjadi pejabat kepada jabatan kerajaan negeri. Antara jabatan kerajaan negeri  yang dulu penah ditempatkan di Balai Seni Negeri adalah Pejabat Perbendaharaan dan Audit, Pejabat Penasihat British, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Parit dan Tali Air . Balai Seni Negeri  juga, merupakan bangunan moden terawal di bina di Bandar Alor Setar.  Balai Seni Negeri Kedah telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul HAlim Mu’adzam Shah dan telah diisytiharkan sebagai Balai Seni bersempena sambutan perayaan Jubli Perak pada 25 Julai 1983.

Balai Seni  Negeri  Kedah merupakan salah satu cawangan Muzium Negeri Kedah.  Pelbagai aktiviti-aktiviti seni  telah dijalankan seperti pameran foto, pameran seni  visual bengkel dan juga seminar yang melibatkan masyarakat setempat.  Selain itu, di Balai Seni Negeri turut dikumpul, disimpan dan dipamerkan  hasil-hasil seni visual yang telah dihasilkan oleh artis-artis tempatan dan juga luar Negara. Bagi sesetengah masyarakat setempat , Balai Seni Negeri turut dijadikan sebagai pusat rujukan seni mereka.

Waktu Lawatan:
9.00pagi – 5.00 petang                                                : Sabtu hingga Khamis
9.00 pagi – 12:30tengah hari , 2:30 petang –5.00 petang: Jumaat

No telefon

 04-732 5752

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya
Wahayu
Wahayu
Wahayu Abdul Wahab Assistant Manager PI1M Pokok Sena,Kedah.

Related Articles

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Stay Connected

0PeminatSuka
3,820PengikutMengikut
0PelangganLanggan
- Advertisement -spot_img

Latest Articles