Wednesday, April 24, 2024
Home#Rekreasi/ Lokasi MenarikGaleri Sultan Abdul Halim

Galeri Sultan Abdul Halim

Galeri Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah diwujudkan di bangunan yang pernah menjadi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen Negeri Kedah. Bangunan Mahkamah ini telah dibina pada November 1922 (1341 Hijrah) dengan ilham  Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan kerjasama W.Peel ESQ (Penasihat British), Mejar W.R. Sanguinetti (Jurutera Negeri), F.W. Wade ESQ (Arkitek) dan H.W. Fofden (Kontraktor). Rekabentuk bangunan ini mempunyai ciri senibina Roman. Keadaan ini jenis dilihat daripada rekabentuk tiang dan ukiran yang terdapat pada bahagian dinding.

Galeri Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menempatkan sebahagian barangan dan koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman untuk tatapan orang ramai dan akan dipelihara sebagai bahan sejarah. Galeri Ini juga diiadikan salah satu produk pelancongan ‘Kedah Heritage Trail’. Galeri Sultan Abdul Halim memiliki himpunan hampir 2,000 barangan koleksi peribadi Sultan Kedah. Turut dipamerkan adalah dokumen rasmi, pakaian istana dan hiasan termasuk carta yang menunjukkan susur galur keluarga DiRaja Kedah bermula dari 1136 sehingga masa kini. Tidak jauh dari Galeri Sultan Abdul Halim terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka, dan Menara Alor Setar.

Galeri Sultan Abdul Halim

Galeri Sultan Abdul Halim di Medan Bandar, di sini dibuka secara percuma kepada orang ramai. Sebanyak 100 keping potret yang menampilkan perjalanan kehidupan Sultan Abdul Halim dari awal remaja hingga dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dipamerkan untuk tatapan orang ramai. Katanya, pameran Potret Diraja ini adalah cetusan idea anakanda baginda Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz bagi memastikan sejarah itu sentiasa terpahat di dalam hati rakyat Kedah.

Terdapat beberapan pecahan segmen dalam pameran itu antaranya potret semasa baginda di zaman muda, zaman persekolahan, menjadi Raja Muda Kedah, Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-5 dan ke-14. Selain itu, terdapat juga potret kerabat-kerabat diraja, hobi serta sukan kegemaran baginda serta tugas-tugas rasmi dan tidak rasmi baginda sebelum ini.

Galeri Sultan Abdul Halim dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Previous article
Next article
Muhammad Hafiz
Muhammad Hafizhttps://www.picelcom.my/rp-simpang-kuala
Pusat Internet Komuniti RP Simpang Kuala, Kedah.
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular