Dodol Meletop Pak Jaid Bagan Datuk

0
689

 

Maklumat Perniagaan 

Perniagaan Jaid Industry, adalah milik sepenuhnya Mohd Jaid Bin Aspar bersama anak, Zaim Izzat Bin Mohd Jaid. Perkongsian ini menjalankan aktiviti perniagaan memproses dan membekal produk makanan tradisional dodol yang dijenamakan Dodol Asli Jaid Industri. Pejabat operasi dan kilang pemprosesan dan pengeluarannya bertempat di bengkel pemprosesan produk Industi Asas Tani (IAT) di premis Industri Asas Tani (IAT) PPK, 36100 Bagan Datoh, Perak. Atas dasar memberi bimbingan kepada usahawan Industri Asas Tani (IAT), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Datoh memberi lesen perakuan dan pengesahan menjalankan aktiviti pemprosesan produk di premis hakmilik mereka.

Kedudukannya yang terletak di kawasan desa memudahkan untuk Jaid Industry mendapatkan bekalan bahan mentah segar seperti santan kelapa dengan mudah dalam kadar harga yang berpatutan. Jaringan perniagaan yang sedia ada dan kelebihan memiliki pengalaman berniaga hampir 10 tahun memudahkan perniagaan dodol ini menembusi pasaran tempatan.

Di antara aktiviti perniagaan Jaid Industry yang telah lama bertahan adalah memproses dan membekal produk yang berasaskan kacang soya dan projek ternakan lembu dan kambing. Kini, Jaid Industry meluaskan bidang perniagaannya dengan menghasilkan dan memasarkan produk tradisional dodol.

Jaid Industry mendapat keyakinan sepenuhnya daripada pelanggan dan peniaga kerana hasil produknya yang asli, 100% halal dan milikan perniagaan 100% bumiputera. Hal ini terbukti mampu memberi pulangan yang besar kepada perniagaan dan merupakan kekuatan kepada Jaid Industry untuk terus kekal berdaya saing.

Ini adalah Contoh Produk dodol Pak jaid 

Maklumat Lanjut :

Telefon          :0135014044(Pak Jaid)

Wassap         :Wassap Pak Jaid

Facebook      :Fb Pak Jaid

Lokasi PPK Bagan Datoh Dengan Premis Jaid Industry

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.