Monday, January 15, 2024
Home#Rekreasi/ Lokasi MenarikGerbang Malam di Teluk Intan

Gerbang Malam di Teluk Intan

GERBANG MALAM TELUK INTAN
          Biasalah, dah namanya pasar malam,maka benda yang dijual sama seperti pasar malam di tempat yang lain. Namun yang menjadikan malam itu agak meriah ialah bilamana adanya kewujudan pasar Gerbang Malam sejak 2-3 tahun yang lalu.
Gerbang Malam ni dibuka setiap malam dari puluk 4.00 hingga 10.00 malam. Namun apabila hari minggu ianya beroperasi sehingga jam 12.00 malam. Barangan yang dijual di gerbang malam lebih kurang sama dengan barang yang dijual di pasar malam kecuali makanan.
Lokasi : Sekitar Menara Condong Teluk Intan
Waktu Perniagaan : 8 Malam Hingga 2 Pagi
*Cuti setiap Isnin-Rabu (Kecuali Cuti Umum)
Tarikh Operasi : Dis 2009

Dataran Condong.

Lebih meriah apabila pada malam minggu ini Dataran Condong yang terletak berhampiran gerbang malam tadi akan dipenuhi oleh pengunjung yang dari pelbagai peringkat umur dengan aktiviti-aktiviti mereka sendiri seperti dari group berbasikal pixie dan basikal antik, group motor-motor besar, group famili yang bersantai, peniaga mainan dan sebagainya. Yang menariknya pada waktu itu, Menara Condong  ini akan dihiasi dengan lampu yang akan bertukar warnanya secara bergilir-gilir.

           Memang meriah la sebab ini sahaja tempat yang boleh mereka kunjungi dengan percuma pada malam minggu. Bagaimanapun, adakalanya Dataran Condong ini akan turut menjadi tempat untuk sebarang acara yang bertema seperti hari kemerdekaan dan sebagainya.
Turut menjadi buruan dan popular ialah Popia Ronda yang memang terkenal di Teluk Intan. Rasanya memang sedap kerana disediakan terus dari motosikal secara langsung!. Mahu cuba, datanglah ke Menara Condong atau ke Teluk intan.
Antara gerai2  makan di Bumbung Biru.
Gerai di tepi jalan turut mewarnai malam minggu anda di Teluk Intan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular