Tuesday, April 2, 2024
Home#Penginapan/ Hotel/ HomestayHomestay Opah D'Jeram di Kampar

Homestay Opah D’Jeram di Kampar

Selamat petang warga Perak. Daerah Kampar, Perak memang terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan menarik seperti jeram dan air terjun di sekitarnya. Walau bagaimanapun pasti agak susah untuk anda mencari inap desa yang berdekatan dengan kawasan Kampar ini.

Kami ingin memperkenalkan Homestay Opah D’Jeram yang terletak di Kampung Pisang, Kampar dan hanya 5 km sahaja dari Gua Tempurung. Inap desa ini juga terletak hanya 34 dari Cameron Highland, 24 km dari Ipoh dan 9 km dari Kampar. Tidak jauh bukan?

Pelbagai kemudahan yang ada di Homestay Opah D’Jeram antaranya bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen dan tempat meletak kereta percuma. Hanya sesetengah inap desa mempunyai ruang rehat / balkoni. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah seterika, peti ais dan ruang memasak. Terdapat juga tab mandi di bilik air untuk semua inap desa yang disediakan.

Sebarang tempahan anda boleh menghubungi 019-636 8059 (Homestay Opah D’Jeram) atau anda boleh terus ke Homestay Opah D’Jeram beralamat 19, 1, Kampung Pisang, 31900 Kampar, Perak. Lokasi di Google Maps boleh dilihat seperti di bawah.

Previous article
Next article
dyanakhairudin
dyanakhairudin
Nordiyana binti Khairudin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah, Perak (Cluster Kinta)
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular