P’KoPi di Kampar

0
517

Cari tempat mengopi waktu pagi? Jauh mencari scones di Cameron Highland? Di Kampar pun ada port mengopi dan scones yang sedap. Moh kome ke P’KoPi!

P’Kopi yang diusahakan anak muda ini pada mulanya hanya brew kopi dari kereta Kancil dan kini punyai kedai fizikal. Fakta menarik yang anda perlu tahu, pelbagai jenis bean kopi bertukar setiap minggu. Jadi, anda boleh merasa pelbagai rasa kopi berlainan setiap minggu.

Bagi yang menyukai scones, ada tiga jenis scones di sini iaitu Classic, Choc Chip dan Raisin. Tidak lengkap scones jika tidak dipadankan bersama spread cream cheese, jam, Nutella dan butter. 1 set scones (2 pcs) dan spread hanyalah RM7.

Kedai kopi comel ini terletak di No. 39, Jalan Idris, Kampar. Untuk memudahkan pencarian anda, P’KoPi berdekatan dengan Pasarayaku, Pekan Lama Kampar. P’KoPi beroperasi setiap hari (kecuali hari Jumaat) dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Nak mengopi mana lagi, ke P’KoPi lah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.