Friday, April 12, 2024
HomePerakKuala KangsarLaksa Pokok Limau di Kuala Kangsar

Laksa Pokok Limau di Kuala Kangsar

Siapa tidak kenal Laksa Pokok Limau? Kalau datang ke Kuala Kangsar mesti wajib singgah dahulu ke gerai Laksa Pokok Limau yang sememangnya terkenal di daerah ini. Laksa Pokok Limau yang sememangnya sinonim dengan keunikan telur sarang yang dipercayai adalah pengasas kepada kewujudan cara mengoreng telur berbentuk sarang ini. Selepas itu wujudlah beberapa gerai makanan yang mengikuti jejak langkah cara mengoreng telur bersarang ini.

Laksa Pokok Limau ni terletak di Kota Lama  Kiri tidak jauh dari pekan Kuala Kangsar. Kedai ini hanya terletak di tepi jalan sahaja dengan satu papan tanda besar terpampang memudahkan orang ramai terutamanya orang luar untuk mengenali kedudukan kedai ini.

Kedai ini pernah keluar dalam rancangan Jom Terokai Perak yang telah dihoskan oleh Maria-Tunku-Sabri. Jika ingin mengetahu kedudukan kedai ini kalau dari pekan Kuala Kangsar boleh melalui jalan lama ke Ipoh, di sebelah kanan nanti akan nampak Rumah Anak Yatim Sultan Abdul Aziz, masjid baru Kota Lama Kiri , seterusnya lagi nanti akan nampak papan tanda kedai Laksa Pokok Limau.

Antara sisi gambar kedai Laksa Pokok Limau bagi mengenali dengan lebih dekat lagi.

                        

Bahagian hadapan Kedai Laksa Pokok Limau                            Bahagian kaunter 

              

    Ruang tempat makan                                 Label harga bagi setiap jualan laksa

 

           

Suasana kedai yang sentiasa dipenuhi pelanggan 

Antara proses pembuatan Laksa Pokok Limau dan bahan–bahan yang diperlukan.

Telur digoreng dengan minyak masak yang banyak dan panas.

 

Kuah laksa yang sungguh pekat dan laksa yang direbus empuk

Laksa Pokok Limau sedia terhidang dengan juadah yang ‘simple’ sahaja.

Jadi bagaimana anda rasa? Nampak sedapkan. Jadi, marilah ke gerai Laksa Pokok Limau ini jika ingin mengetahui kesedapan Laksa ini.
Jadi pada yang ingin mengetahui alamat tempat ini :
LAKSA POKOK LIMAU
Batu 28 setengah,
Jalan Ipoh-K.Kangsar
Kota Lama Kiri, Perak D.Ridzuan
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi :
Tel: 019-422 9512
Facebook Laksa Pokok Limau :
https://www.facebook.com/pages/Laksa-Pokok-Limau-KgKledang-Kota-Lama-Kanan-Kuala-Kangsar/166757930053071
Masa operasi :
SABTU-KHAMIS
8.30 pagi -7.00 malam
JUMAAT – tutup

Ahmad Saufi Bin Ahmad Khalil
Ahmad Saufi Bin Ahmad Khalil
PI1M Kg Kubang Pekan, Kluster Kuala Kangsar, Perak
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular