Monday, April 29, 2024

LEMBOY Cabin

Restoran Lemboy Cabin terletak berhadapan Stesen Bas Seri Manjung. Sering menjadi tumpuan warga Manjung kerana pemandangan lampu-lampu di Lemboy Cabin yang menarik dan boleh juga menikmati hidangan di atas cabin. Di samping itu juga, harga yang ditawarkan amatlah berpatutan iaitu Chicken Chop dengan harga RM 4.90 sahaja! Tidak ketinggalan menu popular di restoran ini, Nasi Goreng Lemboy iaitu nasi goreng bersama udang, ayam dan telur goreng. Selamat mencuba!

Masa Operasi:  6.00 petang hingga 12 malam

Lokasi: Berhadapan Stesen Bas Seri Manjung

Previous article
Next article
FaizHazirah Jaafar
FaizHazirah Jaafar
Penolong Pengurus | PI1M Sitiawan, Perak Kluster Manjung
RELATED ARTICLES

Most Popular