Wednesday, December 11, 2024
Wednesday, December 11, 2024
Home#Restoran/ Makan-makanMasakan Warisan hanya di Teratak Warisan Kampung

Masakan Warisan hanya di Teratak Warisan Kampung

Bagi pemilik Teratak Warisan Kampung yang terletak di belakang stesen bas Kuala Kangsar, Perak ia menjadi tanggungjawabnya dalam memastikan makanan warisan nenek moyang tidak hilang ditelan zaman.

Ternyata begitu banyak makanan yang belum pernah didengar, dilihat apatah lagi dirasa oleh para pengunjung terutamanya semasa beliau berpeluang menyaksikan pameran 101 makanan warisan yang dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) baru-baru ini.

          

Kedai yang sentiasa dipenuhi orang ramai             Beberapa gambar nostalgia Kuala Kangsar                                                                                             terpapar pada dinding dalam kedai

Makanan-makanan yang dipamer dikelaskan kepada beberapa bahagian seperti beras atau pulut, kuih-muih, manisan dan pencuci mulut, lauk pauk, sayur-sayuran atau buah-buahan dan sambal atau pencicah.

       

Kedai ini menyediakan makanan tengahari dengan menyediakan berbagai juadah

                  Masakan Ala Kampung                                      Ikan Bakar dengan sos yang lazat

 

Kebebe, nasi legundi, ikan bakar dalam tanah liat dan ikan pindang daun sernia adalah antara makanan yang mungkin jarang atau langsung tidak pernah didengar oleh generasi muda hari ini.

Hadapan kedai Teratak Warisan Kampung    

Makanan-makanan ini merupakan masakan tradisi yang popular dalam masyarakat terdahulu yang kini diancam kepupusan.

Bagi Maznah Hashim, 49, yang berpeluang menghadiri pameran tersebut menghadiahkan pulangan yang berbeza berbanding pameran biasa.

“Ini adalah tentang warisan. Warisan yang tidak pernah saya atau ramai yang tahu tentangnya. Agak pelik apabila buat pertama kali mendengar nama-nama masakan seperti kebebe, pulut tetal dan pokyok atau pulut kukus dalam periuk kera.

“Rasa makanan juga berbeza. Makanan warisan ini hanya menggunakan sumber semula jadi dan tiada perisa tambahan,” kongsi suri rumah ini yang sempat merasa kebebe yang disifatkannya enak dan berbeza dengan makanan lain.

Maznah pada masa yang sama menyeru supaya pameran seumpama ini diteruskan kerana baginya penting untuk didedahkan warisan bangsa yang tidak pernah diketahui oleh generasi muda.

Kebebe dikategorikan sebagai sambal pencicah yang seakan-akan rojak, menggunakan campuran buah seperti cermai dan jambu batu, udang kering dan cili selain bahan lain.

Bahan-bahan tersebut ditumbuk dan sedia dihidangkan sebagai pencicah ikan bakar, dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja.

Selain Maznah, situasi yang sama turut dialami Nasreen Humaid, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

Remaja berusia 14 tahun ini memberitahu bahawa dia tidak pernah tahu kewujudan makanan-makanan yang dipamerkan di situ.

Bahan mentah

“Saya sangat terkejut. Selain namanya yang agak pelik dan tidak pernah didengar, saya terkejut kerana makanan seumpama ini sebenarnya wujud.

“Berpeluang melihat, menyaksikan demonstrasi penyediaan dan merasa sendiri makanan tersebut tentunya menjadi pengalaman berharga buat generasi muda seperti saya,” katanya yang hadir bersama keluarga ketika pameran tersebut.

Berbeza pula dengan Zainudin Zakaria, anak kelahiran Dabong, Kelantan yang pernah melihat dan makan beberapa jenis makanan yang disenaraikan seperti kulat sisir, kerabu beko, colek buah setoi dan nasi ulam 44.

          

       Zainudin sedang menyediakan hidangan makanan

Tidak menolak faktor tempat kelahirannya yang mudah untuk mencari bahan mentah yang digunakan, jejaka berusia 25 tahun itu bersyukur dilahirkan di kampung.

“Kebanyakan makanan warisan yang disediakan menggunakan bahan-bahan mentah yang mudah didapati di kawasan hutan atau belukar berdekatan kampung.

“Misalnya daun kaduk, beko, buah cermai dan kulat sisir yang mudah didapati. Kami akan masuk ke belukar dan mencari bahan-bahan tersebut yang akan dimasak oleh ibu,” ceritanya.

Bagaimanapun, menurut jejaka ini, ada juga sebahagian makanan warisan yang tidak pernah diketahui seperti sambal neraka, ikan pindang daun sernia, ikan belotak, dan bubur anak lebah.

“Saya agak terkilan kerana dalam senarai makanan tersebut, sebahagiannya saya tidak tahu. Ini adalah tanggungjawab semua orang dalam memastikan makanan warisan ini masih ada pada masa hadapan,” luah Zainudin.

Sememangnya Kedai Teratak Warisan Kampung ini menyajikan makanan berasaskan warisan dan ala kampung yang semestinya mengamit memori bagi sesiapa yang mahu mencuba merasai makanan warisan yang semakin hilang di telan zaman ini. Jadi kepada yang berminat untuk merasai pengalaman merasai sendiri makanan warisan ini boleh datang ke Kedai Teratak Warisan yang semestinya hanya di Kuala Kangsar.

Maklumat Kedai Teratak Warisan Kampung
Beralamat 43, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
Tel: 016-5584955 (Saidi) / 016-4434955 (Zaliah)

Masa Operasi :
Isnin hingga Sabtu : 7.30 pagi – 4.30 petang
Ahad – TUTUP
Tel: 016-5584955 (Saidi) / 016-4434955 (Zaliah)

Business hours:
Mon – Sat: 7.30am – 4.30pm
Sunday – closed

SourceKosmo
Ahmad Saufi Bin Ahmad Khalil
Ahmad Saufi Bin Ahmad Khalil
PI1M Kg Kubang Pekan, Kluster Kuala Kangsar, Perak
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular