Friday, April 19, 2024
Home#Restoran/ Makan-makanPesto Pizza Lembah Bujang

Pesto Pizza Lembah Bujang

Assalamualaikum,

Shoutout kepada semua penggemar Pizza, kalau anda ingin merasai Pizza citarasa tempatan lazat dengan harga ekonomi haruslah berkunjung ke Pesto Pizza. Pesto Pizza terletak di Taman Lembah Bujang Indah Fasa 4, Bedong,Kedah. Pesto Pizza menghidangkan 10 topping yang berbeza dengan harga yang berpatutan. Dan setiap jenis Pizza mempunyai cita rasa yang pastinya tidak mengecewakan setiap pengunjung yang mengunjungi Pesto Pizza.Selain itu, Pesto Pizza juga mempunyai pelbagai hidangan Western seperti Chicken Chop, Lamb Chop,Chicken Gril,Meatball mashed potatoes,pesto wrap dan lain-lain lagi.

Pesto Pizza sering menjadi tumpuan penduduk sekitar kawasan ini terutamanya pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM)Merbok.Dekorasi kedai yang unik dan ‘hipster’ menarik tumpuan individu terutamanya pelajar UITM untuk meraikan sambutan Hari Lahir di kedai tersebut. Pesto Pizza juga menjalankan service penghantaran ke kawasan sekitar Taman Lembah Bujang Indah.

Dan bagi penggemar ‘Big Cup Coffee’, Pesto Pizza juga menyediakan Amna Coffee yang mempunyai pelbagai rasa yang pastinya memberi kepuasan kepada tekak anda. Jadi tunggu apa lagi, ayuh berkunjung ke Pesto Pizza Lembah Bujang. Recommend!!

 

Lokasi :   No 5 A, Jln Bujang Indah, Taman Lembah Bujang Indah,Bedong,Kedah

Boleh hubungi 0174495638 untuk sebarang tempahan (kawasan yang berdekatan sahaja)

Nurul Aina
Nurul Aina
Manager Pusat Internet 1 Malaysia Lembah Bujang Kluster Sungai Petani
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular