Pusat Pengeluaran dan Pengembangan Cendawan (PPPC)

0
143

Pusat Pengeluaran dan Pengembangan Cendawan (PPPC) merupakan Rumah Teknologi Pengeluaran Benih Cendawan Volvariella Volvacea pertama negara. Lokasinya adalah di Kampung Padang Nyior, Kuala Nerang. Sebanyak 10,000 unit anak benih dikeluarkan setiap bulan. Sebelum ini, ia ditanam menggunakan jerami padi sebagai medium tanaman, namun kini lebih mudah apabila tandan sawit yang hanya perlu diperap digunakan sebelum disusun untuk dijadikan batas penanaman Inovasi yang telah diolah dan ditambah baik ini menggunakan semula bahan buangan dari ladang kelapa sawit iaitu tandan sawit yang dijadikan batas untuk menanam cendawan. Selalunya kawasan yang paling sesuai ditanam ialah kebun getah kerana tidak terlalu terbuka kepada cahaya matahari secara terus.. Melalui teknologi ini, petani tidak memerlukan kos yang tinggi selain proses pengurusannya yang lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan jenis cendawan lain.

Bukan itu sahaja, teknologi yang diamalkan ini juga dapat memaksimumkan penggunaan tanah di kebun getah Untungnya tandan kelapa sawit ini sendiri sudah mempunyai bajanya yang tersendiri untuk tanaman jadi tidak perlu lagi cendawan ini dibajai dengan baja kimia dan racun serangga yang ada dipasaran. Cendawan ini tidak rumit proses penjagaannya kerana tandan sawit yang disusun menjadi batas di ruang antara pokok getah mulanya akan disiram dan ditutup dengan plastik hitam selama sembilan hari. Dalam tempoh itu, batas tersebut akan disiram setiap tiga hari dan, ianya ternyata mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan.Selain itu, di PPPC kursus cara pembiakan juga ditawarkan bagi mereka yang berminat untuk perusahaan cendawan ini.

Maklumat Usahawan
Nama : Norman Bin Hassan Ludin
Alamat : Kg Padang Nyior,
Mukim Padang Terap Kiri,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
No. Tel : 019-5944645
Produk : Cendawan Volvariella
Medium Promosi : https://www.facebook.com/norman.hassanludin?pnref=story

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.