Friday, April 26, 2024

Taman Burung Kulim

 

Pintu masuk Taman Burung Kulim

Taman Burung Kulim ini dibawah selian Majlis Perbandaran Kulim (MPK). Antara yang menarik tumpuan ramai adalah pengunjung kini boleh melihat pelbagai jenis burung, ikan, itik dan ar­nab yang dipelihara di taman tersebut.

Keistimewaan taman burung ini ialah haiwan jinak seperti ayam serama dan arnab dibiarkan bergerak bebas di dalam kawasan taman dan pengunjung boleh memegang sendiri haiwan tersebut.

Pengunjung boleh memegang arnab

Buat anda semua yang belum pernah menjejakkan ke sini, terutama yang ada anak-anak kecil tu bolehlah bawak anak bersiar sesekali ke sini. Masuk percuma sahaja, dari pagi sampai 6 petang dan tutup pada hari isnin. Alamat Taman Burung Kulim ialah no.60, Jalan Tunku Bendahara, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia.

 

Burung Merak
kolam ikan

 

 

RELATED ARTICLES

Most Popular