Tuesday, April 2, 2024
Home#Rekreasi/ Lokasi MenarikTAMAN RAHSIA @ Kubang Pasu

TAMAN RAHSIA @ Kubang Pasu

Rupanya di sekitar Kubang Pasu  terdapat lokasi kunjungan yang menarik. Lye Huat Garden mendapat namanya dari pemilik asal taman ini iaitu Dato’ Lim Lye Huat yang pada asalnya hanya merupakan seorang peminat seni dan pencinta alam sekitar yang mengumpul segala koleksi untuk tatapan peribadi. Kini minatnya dikongsi bersama orang ramai atas saranan rakan-rakan beliau

Taman Rekreasi Lye Huat bukan sahaja merupakan sebuah tempat peranginan, malah ia juga menjadi pentas untuk pelbagai jenis pertandingan. Contohnya pada tahun 2002, satu pertandingan Ikan Lohan, Bonsai dan Suiseki Antarabangsa telah diadakan di Taman Rekreasi Lye Huat dan Y.A.B Dato’ Seri Dr.Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu dijemput untuk merasmikannya. Spesis ikan yang terdapat di sini adalah seperti Arapaima Gigas, pelbagai jenis Arowana dan Cichlid, Peacock bass, Red Tailed Catfish dan ikan-ikan hiasan yang lain yang dipelihara dalam akuarium yang sangat besar.

Selain akuarium tersebut terdapat sebuah galeri ikan hiasan yang menempatkan ikan2 akuarium seperti Goldfish, pari air tawar, udang kara, tengalan dan banyak lagi. Haiwan yang terdapat di sini pula adalah seperti ular sawa, kucing hutan, kura-kura, monyet, tupai, marmoset. memerang, rusa, buaya,beruang dan tidak ketinggalan harimau belang. Begitu juga dengan pelbagai jenis burung kakaktua, kuang, enggang, tiong, merak dan yang paling menggamit pandangan pengunjung adalah burung cenderawasih yang dipelihara dengan baik dan amat jinak. Koleksi barangan dari kebudayaan cina yang kebanyakannya merupakan binaan semula juga terdapat di sini.. Yang paling menarik adalah binaan semua tentera terracota yang menjadi sejarah di negara China satu ketika dahulu

 

Berkunjunglah ke Lye Huat Garden bersama seisi keluarga dan rakan-rakan. Kunjungan anda pasti berbaloi.Terletak di tepi Lebuhraya PLUS menuju ke Bukit Kayu Hitam.Anda pasti terpukau.

Lye Huat Garden

Km 19.6 Jalan Changlun

Napoh, 06000 Jitra

Tel: 04 917 6149

Web: www.lyehuatgarden.com.my

(GPS: 6.34331, 100.42114)

nazrul
nazrul
Manager Pusat Internet 1 Malaysia, Pekan Changlun,Kedah
RELATED ARTICLES

Most Popular