27.3 C
New York
Saturday, July 8, 2023

Buy now

Tangga Kenari 1000 Tahun Yan Kedah

Tangga Kenari 1000 Tahun

Tangga konkrit yang dibina melalui denai hutan ini adalah cetusan idea Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid, Menteri Besar Kedah setelah melihat kejayaan pasukan Kedah menggungguli Liga Bola Sepak Malaysia pada ketika itu. Nama ‘KENARI’ adalah mengambil sempena nama pasukan bola sepak Hijau Kuning Kedah.

Tangga Kenari 1000 Tahun ini sebagai inisiatif awal untuk melatih anak-anak tempatan Kedah supaya dapat menguasai pasukan bola sepak Hijau Kuning Kenari dan tidak terlalu bergantung kepada tenaga pemain import.

Projek pembinaan tangga ini yang melalui lorong-lorong berliku dalam Hutan Simpan Gunung Jerai agak unik. Keseluruhan anak tangga yang berjumlah 1,342 takah dibina tanpa sedikit pun melibatkan proses penebangan pokok-pokok balak di sepanjang laluan tersebut.

Kini Tangga Kenari 1000 Tahun yang menghubungkan kaki Gunung sehingga ke puncak Gunung Jerai menjadi tempat yang Wajib di kunjungi penggemar aktiviti outdoor.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Related Articles

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Stay Connected

0PeminatSuka
3,820PengikutMengikut
0PelangganLanggan
- Advertisement -spot_img

Latest Articles