Vegetable Valley 2

0
130

Vegetable Farm 2 merupakan ladang sayur-sayuran yang terletak di Kampung Kubang Palas,Padang Sanai. Ladang sayur ini dimiliki oleh Puan Jamilah Binti Said berumur 50 tahun. Puan Jamilah mula mengusahakn ladang sayuran ini pada tahun 2015 dengan hanya bermodalkan sebanyak RM60,000.00 dan kini pencapaian semasa Puan Jamilah ialah sebanyak RM10,000.00 sebulan pendapatannya dan nilai pengeluarannya pula RM120,000.00. Pada masa kini keluasan ladang yang dimilikinya adalah sekitar 6 hektar. Sayur yang dihasilkan di ladang ini merupakan sayur yang berkulaiti dan baik dijamin dari segi penjagaannya serta sesuai untuk dijual dan makan. Teknologi yang digunakan juga selamat dan menepati ciri-ciri penjagaan tanaman yang segar iaitu teknik blok pengairan. Selain itu, Puan Jamilah juga mendapat khidmat nasihat dan bimbingan daripada Pejabat Pertanian Padang Terap bagi menguruskan ladang sayurannya supaya kekal terjamin kualiti dan kuantiti penghasilan sayur di ladangnya.

Maklumat Usahawan
Nama : Jamilah Binti Said
Lokasi Projek : Kg Kubang Palas,
Mukim Batang Tunggang Kanan,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
No. Tel : 019-4314060
Produk : Sayur-sayuran

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.