Jambu Loceng Madu

0
113

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Berbekalkan minat dalam bidang pertanian iaitu penanaman pokok jambu loceng madu, En Abdul Karim Bin Ismail layak menerima gelaran pengusaha yang berjaya. Tidak perlu tapak kawasan yang luas, tanaman pokok jambu loceng madu yang diusahakan oleh beliau berkongsepkan Kebun Rumah iaitu kebun di sekitar rumah beliau.

Halaman rumah beliau yang dihiasi pokok jambu loceng madu lebih menarik apabila musim buah jambu loceng madu telah matang berwarna merah jambu memikat hati. Rasanya yang manis dan ranum menjadi rebutan dalam kalangan peraih buah-buahan tempatan.

 

Projek : Tanaman Jambu Loceng Madu
Konsep : Kebun Rumah
Pengusaha : Abdul Karim Bin Ismail
Kapasiti : 30 pokok
Pengeluaran semusim : 500kg

 

Projek tanaman ini turut dibantu oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Naka bagi Unit Lubok Merbau.

Details usahawan
Nama : Abdul Karim bin Ismail
Alamat : B15 Jalan Dewan,
Felda Lubuk Merbau,
06710 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Harga : RM8.00/kilo
No. tel : 013-468 6998
Medium promosi : Facebook https://www.facebook.com/karim.ismail.5836

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.