Keli Pedu

0
117

Ikan keli yang dikategorikan sebagai “Ikan Rakyat”, merupakan salah satu spesies ikan yang mendapat sambutan yang tinggi di negeri Kedah. Rasanya yang enak dan boleh dimasak pelbagai cara serta harganya yang lebih rendah berbanding ikan-ikan lain, menyebabkan ikan keli menjadi pilihan utama pengguna. Pengeluarannya tidak dapat menampung permintaan pengguna terutama apabila tiba bulan puasa dan musim perayaan. Bagi menampung permintaan, ramai peniaga membawa masuk ikan keli dari negeri Perak.
Melihat kepada sambutannya yang tinggi, Encik Amran bin Samsudin, 45 tahun, dari Kampung Tok Salam, Naka, Kedah, sanggup berhenti kerja sebagai pemandu lori untuk mengusahakan penternakan ikan keli sepenuh masa.

Ikan keli kering yang pertama di Malaysia.

Beliau mengorak selangkah ke hadapan dengan menghasilkan produk inovasi ikan keli kering yang pertama di Malaysia dengan menggunakan jenama Keli Pedu yang telah memasuki pasaran sekitar daerah Padang Terap, Sik, Baling dan Pokok Sena.

Details usahawan
Nama : Encik Amran bin Samsudin
Alamat : Ceria Tok Salam Enterprise,
Kampung Tok Salam, Kubang Kenyeng,
06350 Naka, Kedah.
Harga : RM4.00 sebungkus
No. tel : 013-583 1577 / 019-593 2449
Medium promosi : Facebook https://www.facebook.com/KeliPedu/

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.