Semeliang Agro Farm

0
155

Semeliang Agro Farm Resort terletak di dalam Kampung Semeliang, Kuala Nerang,Kedah , di mana ia telah terpilih menjadi salah sebuah destinasi perlancongan menarik. Di Semeliang Agro Farm ia menfokuskan kepada 3 kompenen iaitu pusat ternakan rusa, agro perlancongan dan produk berasaskan rusa menjadikan tempat ini bervariasi dengan pelbagai keunikan kepada pengunjung yang melawat Semeliang Agro Farm menawarkan percutian chalet yang istimewa yang berkonsepkan percutian dalam ladang dimana pengunjung dapat merasai kedamaian kampung dengan kicauan pelbagai jenis burung dan kokokan ayam yang eksotik yang akan menjadi penyeri hari-hari percutian anda. Jika satu masa dahulu rusa mungkin dianggap liar kerana habitanya di hutan belantara, namun di SAF rasai pengalaman bersama rusa yang jinak dimana para pengunjng dapat “selfie” dan memberi makanan dengan rusa-rusa yang jinak. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin merasai kelazatan daging rusa, SAF adalah tempat yang tepat untuk anda mendapatkan daging rusa yang segar.

Justeru itu, SAF menawarkan pelbagai kemudahan seperti restoran, kedai cenderamata, bilik persidangan, chalet, kawasan BBQ, tapak perkhemahan, dan lain-lain untuk memenuhi keperluan peribadi anda. Memandangkan perjalanan ke Semeliang Agro Farm dari bandar Alor Star hanya mengambil masa 40 minit, ini menjadikannya suatu tempat yang amat sesuai bagi pelancong untuk melarikan diri dari kehidupan yang sibuk. Para pelancong juga berpeluang untuk menikmati gaya hidup yang berbeza serta dapat menerokai pelbagai jenis aktiviti rekreasi di Semeliang Agro Farm yang tidak terdapat di bandar. Pengunjung juga boleh bermandi-manda di kolam buatan dari sumber air telaga yang dipam. Kadar bayaran hanya serendah RM 3.00 seorang.

Details usahawan
Nama : Nor Azhar Bin Mohd.Noor
Alamat : Pusat Ternakan Rusa,
Kg Semeliang,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
No. tel : 012-4089689 (En. Azhar)
Yuran masuk : RM 3.00
Masa operasi : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Kemudahan : Chalet, Produk Kraftangan, Produk Makanan dan Kursus Ternakan Rusa.
Medium promosi : Facebook https://www.facebook.com/pages/Semeliang-Agro-Farm/1148796841805495

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.