Seri Mahawangsa Houseboat Pedu

0
241

Seri Mahawangsa Houseboat Pedu Lake diasaskan oleh Encik Amir Bin Haji Wahab. Ianya, merupakan tempat penginapan yang diwujudkan di sekitar Padang Terap ini dengan bercirikan rumah yang didirikan di tengah tasik dan boleh menampung kapasiti sehingga 15 orang dalam satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudajan seperti elektrik (generator), bilik tidur, dapur, bilik mandi serta ruang santai.

Tujuan beliau membina rumah bot ini adalah perasaan cinta beliau akan alam sekitar di kawasan tersebut dan ini berkongsi bersama orang ramai. Tambah beliau, para pelancong boleh menginap di rumah bot ini dengan pelbagai pakej yang disediakan dengan harga serendah RM 450 bagi dua hari satu malam.

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini selain dari menghayati keindahan alam antaranya ialah aktitivi memancing dan juga dapat merasai sendiri dengan merendamkan kaki dalam air Tasik Pedu tersebut sambil rumah bot bergerak.

Di samping itu, konsep Seri Mahawangsa Houseboat yang dibawa olehnya adalah merupakan konsep kekeluargaan dimana ahli keluarga boleh berkumpul bersama-sama dengan menikmati keindahan alam.

Details usahawan
Nama : Amir Bin Wahab
Alamat : Kg Padang Setol,
Mukim Pedu, 06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
No. tel : 019-4364807
Email : peduecoservice@gmail.com
Medium promosi : Facebook https://www.facebook.com/Seri-Mahawangsa- Boat-House-Pedu-Lake-549752595158990/

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.