Friday, April 26, 2024
Home#Usahawan/ Produk TempatanSantuari Ikan Sungai

Santuari Ikan Sungai

Santuari ikan sungai merupakan sebuah tempat rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi dan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Selain dapat menikmati makanan yang terdapat di Riversite Kg Mani pengunjung juga boleh merasai pengalaman melihat pelbagai jenis ikan darat yang ada di sungai ini. Dengan hanya memberikan makanan seperti roti banyak ikan akan datang untuk makan umpan tersebut jadi pengunjung boleh mengambil foto ikan yang pelbagai jenis yang ada di situ. Tempat ini dibina oleh Encik Hj Ahmad Kamel pada tahun 2016. Keunikan tempat ini ialah Riversite didirikan di tengah sungai Kg Mani. Menariknya, terdapat pelbagai akitiviti riadah seperti memancing, aktiviti b rakit,memberi makanan kepada ikan-ikan dan restoran kampung berkonsepkan terapung diatas air yang pastinya sangat mempersonakan hati pengu njung untuk terus berkunjung ke sini. Lokasinya yang startegik iaitu berdekatan jalan raya memudahkan pengunjung untuk datang. Di sini juga pengunjung boleh merasai kelazatan dan kesegaran pelbagai menu dari ikan sungai seperti lampam, sebarau, jelawat dan lain-lain ikan darat.

Maklumat Usahawan
Nama : Tuan Haji Ahmad Kamel Bin Abdul Munin
Alamat : Kg Mani, Mukim Belimbing,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Produk : Ternakan Ikan Sungai
No. Tel : 012-5895388
Medium Promosi : https://www.facebook.com/ahmadkamel.kamel.52

 

Previous article
Next article
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular