Vegetable Valley 1

0
101

Vegetable Valley 1 merupakan ladang sayur-sayuran yang terbesar di Padang Terap. Ladang ini diusahakan oleh seorang wanita iaitu Puan Ana Salwa Binti Hanafi pada tahun 2007. Lokasinya terletak di Kampung Bendang Raja,Tualak, Kuala Nerang. Mempunyai keluasan tanah 20.7 hektar sememangnya terkenal dengan panorama hijau ala-ala Cameron Highland yang sangat teruja. Setiap tahun, sebanyak beribu-ribu hasil sayuran segar ini dituai dan dipasarkan seluruh negeri ini. Di ladang sayur ini terdapat pelbagai sayur yang ditanam secara berperingkat dan pembahagian yang berasingan. Antara sayur yang ditanam seperti sayur sawi, cili, kekacang dan kangkung. Puan Ana menguruskan ladangnya ini bersama lima orang lagi pekerjanya. Semua urusan dilakukan sendiri oleh Puan Ana dan pekerjanya. Sayur-sayuran di ladang ini dijamin berkualiti kerana dijaga rapi. Puan Ana menggunakan teknologi Plant Booster atau Tube Well Solar dalam proses penanaman sayurnya. Ternyata usaha Puan Ana ini mampu menjana pendapatan yang banyak dengan bersumberkan modal asal hanya RM88,791.50, kini nilai anggaran pendapatan sebulan Puan Ana mampu mencecah RM22,197.00.

Maklumat Usahawan
Nama : Ana Salwa Bt Hanafi
Alamat : Kg Bendang Raja,
Mukim Tualak,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
No. Tel : 016-4260059
Medium Promosi : https://www.facebook.com/anasalwa.hanafi

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.