Tapak tanaman cendawan Volvariella (cendawan jerami) ini diusahakan oleh Encik Ismail yang terletak di Kg Musa, Pedu berhadapan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Pedu. Bagi peminat-peminat cendawan, bolehlah mendapatkan tips dan cara penanaman cendawan Volvariella, malah turut berpeluang mengutip sendiri cendawan tersebut. Cendawan ini juga diproses menjadi naget yang diberi nama “Naget Cendawan Volvariella”. Di Daerah Padang Terap ini juga terdapat Makmal Pembenihan cendawan yang mana ia adalah satu-satunya terdapat di Malaysia.
Maklumat Usahawan | ||
Nama | : | Ismail Bin Ibrahim |
Lokasi Projek | : | Kampung Musa, Mukim Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. |
Nama Projek | : | Cendawan Volvariella |
Tahun Mula Projek | : | 2016 |
Harga | : | Cendawan mentah : RM12.00 (1kg)
Naget : RM5.00 |
No. Tel | : | 019-4275845 |
Medium Promosi | : | https://www.facebook.com/Ismail-Usahawan-Cendawan-Volvariella-Pedu-Kuala-Nerangk-1393529114054209/ |