Saturday, January 13, 2024
Home#Restoran/ Makan-makanHokkaido Ice Cream Puff di Kampar

Hokkaido Ice Cream Puff di Kampar

Cuaca panas sebegini memang layan sangat kalau dapat menikmati makanan sejuk beku seperti aiskrim. Berita baik bagi penggemar aiskrim! Kini, anda boleh dapati Hokkaido Ice Cream Puff hanya di Paris Mini Baker, Bandar Baru Kampar. Hanya RM2.80 sahaja untuk satu Hokkaido Ice Cream Puff ini. Semestinya, pencuci mulut yang wajib anda makan apabila anda singgah di Kampar.

Perisa Hokkaido Ice Cream Puff yang boleh anda dapati di kedai ini adalah Yam, Sweet Corn, Green Tea, Mint Choco, Choco o Chip, Cookies n Cream, Chocolate dan Coconut. Kebiasaannya, roti puff adalah roti yang baru dibakar dan sangat rangup dimakan bersama aiskrim. Selain itu, mereka juga turut menjual Mini Cupcake, Cream Puff, Durian Puff dan Yogurt Puff. Memang sedap!

Paris Mini Baker beroperasi setiap hari (kecuali hari Ahad) dari jam 1 petang hingga 8 malam. Anda boleh Waze lokasi kedai ini di 2208, Jalan Timah, Taman Bandar Kampar Baru, 31900 Kampar, Perak.

dyanakhairudin
dyanakhairudin
Nordiyana binti Khairudin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah, Perak (Cluster Kinta)
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular