Thursday, April 4, 2024
Home#Restoran/ Makan-makanOur Chicken Rice Shop di Malim Nawar

Our Chicken Rice Shop di Malim Nawar

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Kinta. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia adalah unik. Lebih-lebih lagi apabila keunikkan kita dikaitkan dengan makanan. Kali ini, kami ingin memperkenalkan restoran Our Chicken Rice Shop iaitu restoran yang menyajikan makanan-makanan Barat, Melayu,Thai dan Cina. Admin pasti ramai di antara kita yang suka makan makanan Cina seperti Yee Mee, Wat Dan Hor, Ayam Masak Sos Taocu dan lain-lain lagi. Semua makanan ini dijamin Halal dan harga yang sangat berpatutan.

Restoran Our Chicken Rice Shop beralamat LC 288, Pekan Baru, 31700 Malim Nawar, Perak. Restoran ini berhampiran dengan SMK Malim Nawar. Mudah dicari! Waktu operasi restoran ini adalah 11.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari kecuali cuti umum. Untuk sebarang tempahan majlis, anda boleh hubungi Encik Yeoh Choon Cheong di talian 05-4771527 atau 012-5181527. 

Previous article
Next article
dyanakhairudin
dyanakhairudin
Nordiyana binti Khairudin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah, Perak (Cluster Kinta)
RELATED ARTICLES

Most Popular