Pekan Kuala Kurau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di Daerah Kerian, Perak. Di sebabkan pekan nya yang kecil, suasana jalan agak sesak di penuhi kenderaan bermotor. Namun begitu, bagi masyarakat di Mukim Kuala Kurau, kesesakan di pekan ini sudah menjadi perkara biasa.

Apa yang menarik dan unik mengenai pekan ini ialah pasar pagi yang ada di sini, di mana ia di buka pada setiap 7 hari dalam seminggu, seawal 6.00 pagi anda sudah boleh mengunjungi pasar pagi ini. Penjaja yang datang dari pelbagai pelusuk negeri, antaranya dari Bukit Mertajam, Taiping, Nibong Tebal, dan pelbagai kawasan, dan penjaja ini terdiri dari bangsa melayu dan cina, di sini anda boleh mencari pelbagai keperluan harian anda, antara nya seperti pakaian bayi, kanak-kanak, keperluan dan peralatan dapur, mainan kanak-kanak, pakaian dewasa, dan anda juga boleh menempa kunci di sini.

 

Bukan itu sahaja, sekiranya anda ingin mencari sarapan, pelbagai juadah turut tersedia disini, antaranya nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, kuih muih, laksam, dan lain-lain lagi. Pasar Basah (Market) juga berada di kawasan pasar pagi ini. Kebiasaannya pasar pagi ini akan di tutup sekitar jam 11.00 – 12.00 tengah hari, kerana memberi laluan pada penjaja lain yang menjaja di sini pada waktu sebelah petang.

menarikdi.com