RASNOR HOUSE OF KEREPEK

0
1870

 

Rasnor House of Kerepek ditubuhkan untuk memudahkan orang ramai di sekitar Seri Iskandar dan kawasan-kawasan sekitarnya untuk mendapatkan kudapan tradisional dan juga produk lain.

Selain itu, ianya dapat membantu para pengusaha dalam memperluaskan produk mereka. Produk-produk iks dari penduduk tempatan iaitu dari sekitar Negeri Perak dan juga dari Selangor, Johor, Kedah dan lain-lain dikumpulkan dibawah Satu Bumbung.

Kepelbagaian produk dapat saling bantu-membantu, saling mempromosi. Pelanggan datang mencari kerepek, nampak bahulu, nampak biskut, nampak rempeyek, nampak budu, nampak produk lain-lain lagi. Selain itu dapat memudahkan pelanggan membeli pelbagai produk.

BERATUS produk, BERPULUH pengusaha.

Bermula dengan sedikit, hanya beberapa individu dan syarikat. Lama-kelamaan semakin bertambah pembekal. Pembekal-pembekal ini ada yang buat secara kecil-kecilan dan ada juga besar-besaran. Ada yang dulu buat sambil-sambil tapi sekarang buat sepenuh masa, ada yang semakin membesar, ada yang sama dan ada juga yang hilang entah kemana (mungkin tukar bidang). Semoga semuanya berjaya.

Jutaan Terima Kasih kepada semua pengusaha, pembekal, para pelanggan, individu dan juga pihak2 yang sudi membantu, menyokong dan bersama dalam menjayakan produk iks, produk tempatan, kudapan tradisional kita.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.