Produk keluaran MCT Biz Hut iaitu Rendang Dinding Mak Cik Teh, Resepi Warisan Negeri Perak dihasilkan oleh usahawan dari Jeram, Kampar. Rendang Dinding Mak Cik Teh ini hanya menggunakan bahagian daging batang pinang terpilih tanpa urat bagi memastikan rasa yang berkualiti premium. Boleh tahan sehingga 1 hingga 3 bulan tau.

Terdapat dua pilihan rendang dinding ini, iaitu Rendang Dinding Special Mak Cik Teh Pilihan Daging (RM39) dan Rendang Dinding Special Mak Cik Teh Pilihan Kambing (RM49). Kedua-dua botol Rendang Dinding Mak Cik Teh adalah seberat 500 gram.

Selain itu, MCT Biz Hut turut mengeluarkan produk Serunding Daging, Serunding Ayam dan Pulut Kuning. Sesuai sangat untuk makan waktu berbuka atau sahur pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Serunding Daging (110 gram) dan Ayam (100 gram) hanya berharga RM11 sahaja. Pulut Kuning pula berharga RM2 untuk 200 gram (minimum 5 pek).

Anda boleh terus kunjungi MCT Biz Hut di M03, Plaza Medan Cahaya, Kuala Dipang, Jalan Kampung Chabang Dua, Jeram, 31850 Kampar.

Bagi peminat rendang dinding yang berada di luar kawasan Kampar bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi Puan Rahmah (011-10262666) atau melalui Facebook Rendang Dinding Mak Cik Teh. Jom sokong produk muslim tempatan!

menarikdi.com