Alamat : Kampung Sitiawan, 32200 Sitiawan, Perak, Malaysia

Sebut sahaja roti canai pasti sahaja terlintas difikiran penduduk setempat terutama di kawasan Sitiawan, Seri Manjung dan Lumut akan kelazatan roti canai Pak Tam atau lebih dikenali sebagai roti canai tepi sungai kerana lokasi warung yang terletak di tepi muara sungai Sitiawan di Kampung Sitiawan.

Warung yang terletak di muara sungai ini sentiasa dipenuhi pelanggan terutamanya pada hari minggu dan cuti sekolah.

Pelanggan warung Pak Tam bukan sahaja dari kalangan pelanggan Melayu malahan ramai pelanggan Cina dan India juga turut bersarapan di sini

menarikdi.com