Puan Nor Gayah Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Cik Su adalah usahawan Sambal Hitam Belimbing Buluh dari Kampung Batu 20, Kuala Dipang, Kampar. Istimewanya sambal ini adalah resespinya adalah resepi original dari negeri Pahang. Sambal Hitam Belimbing Buluh sesuai dimakan bersama nasi panas, tak perlu lauk lain. Sambal ini juga boleh dimakan bersama pulut atau roti. Jangan risau, ianya boleh disimpan lama. Harga yang cukup berpatutan iaitu hanya RM10 untuk 100 gram.

Selain itu, Cik Su turut mengusahakan Sambal Taucu yang pedas berapi tapi sangat sedap dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Bahan utama untuk pembuatan sambal ini ialah taucu dan cili api kampung. Uniknya, Sambal Taucu ni tidak dijual di mana-mana dan merupakan resepi asli dari Opah Lun. Rasanya cukup pedas, masin masam dan lemak. Harga bagi Sambal Taucu ini adalah RM10 untuk 200 gram.

Untuk sebarang tempahan atau pembelian, boleh hubungi terus dengan Cik Su di talian 019-5177522.

menarikdi.com