Teratak Selera Santai

260

Teratak Selera Santai, nama yang tidak asing lagi bagi penduduk sekitar Kuala Kurau, Perak. Gerai makan yang menyajikan pelbagai juadah yang amat menyelerakan dan merupakan salah satu gerai yang popular yang menyediakan juadah berasaskan makanan laut dan “Western Food”.

Lokasi Gerai ini terletak berhadapan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Baharu di sekitar jalan pantai, Sungai Baharu. Beroperasi dari seawal 7.00 Pagi sehingga 12.00 Tengah Malam. Apa yang ada disini? Bermacam-macam juadah ada, dari penyediaan makanan sarapan pagi sehingga lah makan malam.

Antara yang wajib anda cuba? Sudah semestinya anda wajib mencuba hidangan “Roti Telur Goyang” sarapan pagi bertemakan Western, jika anda rasa tekak anda lebih kepada selera kampung, anda tidak perlu risau, mereka juga menyediakan hidangan traditional kampung, yang wajib anda cuba “Pulut ikan Masin”.

Jika anda mencari makan sewaktu makan tengah hari, anda tidak perlu bimbang kerana mereka juga menyediakan lauk-pauk tengahhari, antara lauk pauk mereka yang populer, sudah semestinya ikan bakar. Selain itu, anda juga boleh mencuba pelbagai juadah lain yang disediakan, antaranya ; Mee Tsunami, Nasi Goreng Tsunami, dan yang paling berbaloi, semestinya Western TSUNAMI dan Burger Yang bersaiz GERGASI.

Di sebelah petang pula anda boleh lah bersantai-santai sambil menikmati hidangan bajet yang terdapat di sini, hanya dengan RM1 anda boleh menikmati Mee Sup, Bihun Sup, dan Laksa. Semestinya anda akan merasa puas dan kekenyangan.

Jika anda ingin mengunjungi ke TERATAK SELERA SANTAI, lokasi mereka adalah 6.4km dari Pekan Kuala Kurau, dan yang paling best lokasi mereka begitu hampir dengan Pantai Ban Pecah. Jika anda masih keliru mencari jalan untuk ke Teratak Selera Santai, anda boleh hubungi Pemilik : Puan Yani (011-24254705)

menarikdi.com