Usahawan Ladang Kontrak FAMA Negeri Kedah

Ladang Nenas Lubok Merbau diusahakan oleh Syarikat Sinar Mec Plantation Sdn. Bhd. Penanaman komoditi nenas di sini adalah sangat unik kerana ditanam di kawasan tanaman semula pokok getah. Jenis nenas yang diusahakan adalah dari jenis Moris & MD2.

Pada masa ini, buah nenas Moris yang dipetik bagi musim pertama dan kedua hanya dapat memenuhi pasaran di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis sahaja yang majoritinya dijual kepada pemborong pasar malam. Syarikat Sinar Mec Plantation mensasarkan untuk menembusi pasaran Asia Barat pula dengan meng­eks­port nenas jenis MD2 yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Menurut CEO Sinar Mec Plantation, pihak Lemba­ga Pemasaran Pertanian Perseku­tuan (FAMA) juga telah memberi jaminan untuk membantu mengeksport nenas MD2 kelua­ran Felda Lubuk Merbau ini ke luar negara. Dalam projek penanaman nenas ini, pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) banyak memberi khidmat nasihat teknikal dan kepakaran dengan melaksanakan program pemindahan teknologi yang teratur serta efektif untuk menghasilkan buah yang berkualiti tinggi.

Bagi sesiapa yang ingin membeli secara runcit atau borong bolehlah kunjungi Pusat Pengumpulan dan Pemasaran yang terletak di pintu masuk ladang. Semestinya nenas segar terus dari ladang dan harga terbaik!

Alamat :

Sinar Mec Plantation Sdn. Bhd., Felda Lubok Merbau, Mukim Tekai Kiri, Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah.

menarikdi.com