23.7 C
New York
Friday, July 7, 2023

Buy now

C KIN VILLA INN TELUK SENANGIN PERAK

C Kin Villa Inn Baru sahaja beroperasi pada bulan awal Disember 2016. C Kin Villa Inn merupakan satu-satunya Chalet yang mempunyai Kolam Renang di Sekitar kawasan Teluk Senangin, perak. C Kin Villa Inn di usahakan oleh sepasang suami isteri yang dikenali sebagai Haji Ckin & Hajah Ainon.

C Kin Villa Inn menyediakan bilik yang Bersih & Selesa sesuai dengan mereka yang pentingkan keselesaan.

Terdapat Kolam Renang yang dibuka kepada pengunjung dan orang awam. Bayaran sebanyak RM5 dikenakan bagi orang awam yang ingin membawa anak-anak bersuka ria bermain air di kolam tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh  dilakukan sekiranya anda menyewa di chalet ini. Antara BBQ, berbasikal,Family Day & lain-lain. C Kin Villa Inn juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti dapur untuk memasak, dewan untuk pelbagai majlis , kolam renang untuk kanak-kanak, peralatan BBQ, aktiviti berbasikal & lain-lain lagi.

Selain dari kawasannya yang berdekatan dengan pantai, C Kin Villa Inn juga amat selesa & sesuai untuk pengunjung yang inginkan ketenangan kerana Chaletnya yang terletak jauh dari kesibukkan bandar. Harga bilik di C Kin Villa Inn ini juga amat berpatutan. Setiap bilik mempunyai kelengkapan Televisyen, Penghawa Dingin, dan Ampaian. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai Keluarga yang ramai,  katil tambahan & Toto juga disediakan.


No Untuk Dihubungi : +6013 584 1665

LIYANA JAMIL
LIYANA JAMIL
Pengurus PI1M Sitiawan Kluster Manjung

Related Articles

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Stay Connected

0PeminatSuka
3,818PengikutMengikut
0PelangganLanggan
- Advertisement -spot_img

Latest Articles