Assalamualaikum dan selamat petang warga Kinta. Adakah anda pernah terfikir dapat makan makanan popular di serata Malaysia hanya di satu tempat sahaja? Hanya di Maleficent Fruit and Dessert anda dapat makan makanan tersebut. Antara menu makanan popular tersebut adalah Soto Klang, Lontong Klang, Mee Kuah Daging Langkawi, Roti John Melaka dan Roti Telur Ampangan.

Bukan itu sahaja, terdapat makanan tradisional tempatan seperti lempeng kelapa, serawa durian, bubur kacang, pengat pisang, lempeng pisang, bubur jagung dan pecel. Jangan lupa pencuci mulut yang pasti membangkitkan selera anda seperti aiskrim, kek bajet, kek keju leleh, buah-buahan dan aneka kerepek. Buah-buahan tempatan turut dijual di sini antaranya jambu madu, nangka dan pisang.

Admin juga tidak ketinggalan mencuba menu Soto Klang dan Jus Durian Belanda, sedap tak terhingga! Dekorasi yang menarik di dalam kedai ini membolehkan anda teruja bergambar.

Encik Khairul juga mengambil tempahan untuk sebarang majlis. Anda boleh menghubungi terus di talian 019-6800298 (Encik Khairul). Maleficent Fruit and Dessert dibuka setiap hari dari jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Lokasinya adalah di University Square @ Kampar. Lokasi ini juga berhampiran dengan UTAR dan Sekolah Antarabangsa Westlake. Anda boleh rujuk di peta Google Maps di bawah untuk ketahui lokasinya.

menarikdi.com