Tropical Spice Garden

0
687

Menarik Di Pulau Pinang

Tropical Spice Garden

Minat pokok dan herba? Singgah sekejap di Tropical Spice Garden di Teluk Bahang ini.

Di dalam taman 8 ekar ini, anda boleh bersiar-siar sambil melihat lebih 500 species herba dan rempah ratus yang mula ditanam oleh keluarga Wilkinson dan dimajukan bersama rakan-rakan mereka.

Apa Boleh Anda Buat di Tropical Spice Garden

1. Jika anda benar-benar ingin mendalami jenis tumbuhan di sini, anda boleh mengikuti Garden Tours (bayaran tambahan dikenakan).

2. Anak-anak boleh bermain dan mengikuti pelbagai aktiviti di sini — dari belajar mengitar semula bahan alam untuk projek seni, sehinggalah kepada eksplorasi taman pada malam hari.

3. Ikuti kelas memasak jika anda mempunyai masa dan minat dengan makanan Penang.

Harga Tiket

Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM) Warga Emas (RM)
Tiket Biasa 29 17 23
Lawatan Berpandu
(2-3 jam)
49 25 39

Masa Lawatan Berpandu : 9am/ 11am/ 1.30pm